Vedat Dalokay

Vedat Ali Dalokay (10 November 1927 - 21 Mac 1991) ialah seorang arkitek terkenal Turki serta bekas Datuk Bandar Ankara. Beliau dilahirkan di Elazığ, Turki pada tahun 1927 kepada İbrahim Bey dari Pertek. [1] Beliau menamatkan sekolah rendah dan menengahnya di bandar yang sama. Kemudian, beliau berangkat ke Istanbul untuk melanjutkan pelarajan dalam ijazah universiti dan lulus dari Fakulti Seni Bina Universiti Teknikal Istanbul pada 1949. Kemudian, pada 1952, beliau menamatkan pengajian pascasiswazah di Institut Urbanisme dan Pembangunan Bandar Universiti Sorbonne di Paris, Perancis.